KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengunapakai Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi yang di sediakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sebaliknya Tan Sri Noh Omar berkata pentadbiran negeri itu menggunakan Garis Panduan Tahun 2012 yang dirangka sendiri tanpa merujuk garis panduan yang disediakan.

“Mungkin mereka rasa mereka punya garis panduan lebih terperinci, mungkin keadaan di negeri itu berbeza, mungkin bukit di Pulau Pinang tidak sama dengan bukit di negeri-negeri lain,” katanya

Tambah Tan Sri Noh Jabatan Pelan Malaysia Pulau Pinang juga tidak menyokong pembangunan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah seperti yang termaktub di dalam minit mesyuarat.

“Di dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Jabatan Pelan Malaysia Pulau Pinang pada dasarnya tidak menyokong di atas peningkatan kepadatan daripada 30 unit pereka kepada 142 unit pereka,” katanya

Dalam pada itu Tan Sri Noh memaklumkan KPKT sudah menghantar surat kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membentangkan laporan tanah runtuh itu, katanya perbentangan akan diadakan minggu hadapan pada mesyuarat Majlis Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita dah minta mereka untuk menyediakan satu laporan dan membentangkan mengenai peristiwa itu supaya kita akan tahu lebih terperinci mengenai apa yang berlaku,” katanya.

SHARE
Previous articlePengerusi JPP Disaran Bantu Tangani Isu Perbandaran – Noh
Next article346 Individu Berkait Militan Daesh Ditahan – Zahid