KUALA LUMPUR, 20 Okt – MENINGKAT….. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$101.4 bilion (RM428.7 bilion), pada 13 Oktober 2017 berbanding AS$101.2 bilion (RM427.7 bilion) dicatatkan pada 29 September 2017.

Bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

“KATANYA, KOMPONEN UTAMA RIZAB ANTARABANGSA ITU IALAH RIZAB MATA WANG ASING (AS$94.7 BILION), PARAS RIZAB TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (AS$0.8 BILION), HAK PENGELUARAN KHAS (SDR) (AS$1.2 BILION), EMAS (AS$1.5 BILION) DAN ASET-ASET RIZAB LAIN (AS$3.2 BILION).”

Aset-aset ini termasuklah emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain, termasuk SDR (RM428.733 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.155 bilion), deposit dalam institusi kewangan (RM4.910 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.805 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM6.666 bilion), katanya.

SHARE
Previous articleAzmin Tidak Serius Tangani Masalah Denggi – Noh
Next articleTN50 : Belia Perlu Bersedia – Noh