KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini disambut meriah melibatkan bukan sahaja ribuan rakyat tempatan malah pelancong asing turut menyaksikan perarakan dan persembahan yang diadakan di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Sambutan yang bermula seawal pukul 7 pagi itu melibatkan lebih 18,000 peserta perbarisan termasuk 321 jenis aset udara dan darat.
Paling menarik perhatian adalah perbarisan melibatkan veteran perang yang terlibat menentang komunis sekitar 1960.
Sempena perarakan itu, Ang­katan Tentera Malaysia (ATM) dari skuadron 11 – Gong Kedak telah memukau pengunjung dengan melakukan flypass dan bomb burst pesawat Sukhoi SU-30MKM.

Kanak-kanak turut teruja melihat Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kor Armor Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sambutan kali ini bertambah manis apabila turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk LED terbesar bersaiz 200m x 9m.

SHARE
Previous articlePM Tinjau Raptai Penuh Hari Kebangsaan
Next articlePembangunan Berterusan Untuk Sabah Dan Sarawak