SEMPORNA, 14 Ogos – Dato Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan akan terus berkhidmat kepada rakyat walaupun tidak lagi menjadi menteri kabinet.

“Tidak bererti saya sudah tiada jawatan , program yang kita rancang tidak akan dijalan, kita akan teruskan” katanya.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu turut menegaskan akan meneruskan segala pembangunan (daerah) yang sudah dirancang untuk membantu rakyat luar bandar.

“Usaha untuk membangunkan daerah dalam berlbagai bidang akan diteruskan seperti apa yang kita rancangkan” katanya selepas merasmikan Program Lonjakan Minda Ibu Bapa Bersama Pelajar Peringkat Daerah Semporna anjuran Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama Rural Capital di SMK Bugaya 2, Semporna.

Program ini bertujuan untuk untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar cemerlang dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Penilaian Rendah (UPSR) 

“Program ini dah kita rangka agak lama, jadi usaha meneruskan bantuan kepada anak-anak luar bandar dalam bidang pelajaran , Insyaallah akan diteruskan” katanya. 

Beliau turut memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah yang layak.

Mohd Shafie digugurkan daripada jawatan menteri dalam rombakan kabinet Datuk Seri Najib Razak hujang bulan julai lalu.

SHARE
Previous articleNajib Umum Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam
Next articleSaya Bukan Jenis Cakap Belakang – Shafie Apdal