KUANTAN – Semua rumah pangsa yang sudah siap di seluruh negara kini dalam proses dilengkapi Sistem Pencegahan Vandalisme (AVS) secara berperingkat, bermula tahun ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, sistem itu merangkumi kamera litar tertutup (CCTV) dan kad akses yang hanya akan dikeluarkan kepada penghuni unit kediaman sahaja.

“Ini bermakna, pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh memantau sebarang aktiviti vandalisme, termasuk di dalam lif dan boleh mengambil tindakan susulan dengan lebih cepat.

“Mereka yang bukan penghuni juga tidak boleh memasuki kawasan berkenaan atau menggunakan kemudahan lif disediakan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan Lawatan Kerja di Perumahan Pak Mahat, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Industri dan Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada majlis itu, Noh turut mengumumkan peruntukan kira-kira RM5 juta bagi melaksanakan kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan di kawasan perumahan berkenaan.

SHARE
Previous articlePembangunan Berterusan Untuk Sabah Dan Sarawak
Next articleKPKT Gesa Semua JPP Tubuh MyBomba