KUALA LUMPUR – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertekad untuk mentransformasikan imej kediaman kos rendah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan memberi nafas baharu kepada projek-projek sedemikian bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penghuninya.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata kementerian itu kini dalam usaha mengubah persepsi masyarakat terhadap PPR melalui penyediaan ciri-ciri dan kemudahan yang lebih baik.

“Dulu tiada ‘stretcher lift’ hingga menyukarkan penduduk untuk menguruskan jenazah sehingga terjadi jenazah ‘berdiri’ kerana lif yang sempit, kita juga akan pakai sistem ‘access card’ untuk masuk lif”

“Selain dilengkapi sistem ‘access card’, PPR juga akan dilengkapi sistem CCTV untuk mengelakkan vandalisme” katanya kepada pemberita selepas sesi Waktu Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha ini juga merupakan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat rakyat miskin menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Antara penambahbaikan yang dilakukan untuk projek PPR adalah seperti berikut:

1- Keluasan ditambah dari 650 kps ke 700 kps
2- Lantai tidak lagi hanya simen biasa tapi diletakkan tile.
3- Parking lot ditambahbaik drpd nisbah 1 parking untuk 4 rumah kepada 1 parking setiap rumah.
4- Lif akan dilengkapi dengan kad akses dan cctv
5- Perangkap nyamuk solar untuk membendung penyakit bawaan nyamuk seperti denggi.
6- Kemudahan rumah kedai, surau, taman permainan dan tadika disediakan.
7- Kemudahan jalur lebar untuk kemudahan akses internet
8- Pembiayaan secara ‘Rent To Own’ untuk kategori rumah untuk dijual untuk mereka yang gagal mendapat kemudahan pinjaman dari institusi kewangan.
9- Harga jualan RM35 ribu dengan subsidi kerajaan mencecah RM200 ribu.
10- Maksimum hanya 500 unit disetiap projek dengan fokus rumah atas tanah dan jenis bertingkat-tingkat dengan kemudahan lif untuk mengelakkan kepadatan penduduk

SHARE
Previous articleKPKT Siapkan 190 Projek Perumahan Terbengkalai
Next articleRM61.5 Juta Untuk Membina Tapak Pelupusan Sampah Sungai Udang