Kecoh di media sosial apabila tular mesin ini digunakan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan ramai yang mula membanjiri Facebook Thermomix Malaysia bertanya tentang harga mesin tersebut.

Thermomix, merupakan mesin mewah yang mampu menyediakan set makanan dalam satu masa yang sama. Walaupun anda tidak tahu masak masakan tersebut, anda hanya perlu gunakan resipi yang disediakan dan masukkan bahan-bahannya, kemudian mesin tersebut akan memasak untuk anda.

Tidak percaya? Terdapat beberapa perkongsian di Facebook yang telah menggunakan mesin Thermomix ini dan chef selebriti Anis Nabilah turut menggunakan ia.

Menurut hasil tinjaun kami, mesin ini berharga RM7,188 sahaja dan anda boleh dapatkan di laman rasmi Thermomix.

APA YANG MESIN BERNILAI RM7188 INI MAMPU BUAT?

1.HANYA 1 BLADE & KELEBIHAN LEBIH 12 FUNGSI

Semua orang boleh memasak dengan Thermomix. Dengan skrin sentuh dan cakera pemilih tunggal membolehkan Thermomix dikendalikan dengan mudah. Paling seronok kita boleh memasak pada kapasiti yang lebih besar. Thermomix mempunyai keupayaan untuk menggerakkan, membuat campuran dan mencincang dan juga boleh memasak antaranya seperti stim, menimbang, mengisar, menguli, merenah dan sebagainya.

2.MASAK DENGAN TEPAT!

Dengan masa sesuai, suhu dan kelajuan kawalan menjamin hasil yang baik serta konsisten setiap kali anda memasak. Dengan lebih daripada 7 juta pengguna dan 100k + resipi, menjadikan Thermomix, berperanan sebagai perkakas dapur pintar yang boleh kita memasak dan membakar seterusnya menghasilkan hidangan yang enak.

3.PANDUAN FUNGSI MEMASAK YANG UNIK

The Thermomix Chips Recipe adalah buku masakan digital. Apabila menggunakan Thermomix, kita boleh merujuk semua resipi akan ditunjukkan pada paparan Thermomix. Dengan hanya menggunakan skrin sentuh, pengguna Thermomix boleh dengan mudah mencari resipi seterusnya boleh dijadikan sebagai idea.

Bagi para suami pastinya mesin ini umpama mimpi ngeri buat mereka jika isteri minta beli mesin ini. Adakah para suami akan membelikan mesin ini bagi  memudahkan kerja isteri di dapur?

SHARE
Previous articlePasangan Pertama Bernikah Secara ‘Online’
Next articleDemi Mengekang Covid-19, Dewan Rakyat Akan Bersidang Hanya Sehari