TANJUNG KARANG – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mengingatkan belia-belia supaya bersedia untuk menghadapi arus permodenan di kawasan Tanjung Karang supaya tidak ketinggalan.

Menurut beliau, belia perlu siapkan diri untuk menghadapi cabaran zaman 30 tahun akan datang supaya tidak didominasi oleh warga asing.

“Kalau hari ini kita tidak bersedia mengikut peredaran zaman, belia di Tanjung Karang ini akan ketinggalan zaman, saya bimbang generasi akan datang akan menjadi pekerja kepada orang asing di tanah mereka sendiri,”

“Tanjung Karang ialah tanah sawah, jadi belia perlu bersedia dan mendalami selok belok perniagaan sawah padi yang akan diwarisi kelak, supaya ini tidak dimonopoli oleh warga asing”

Noh juga mengingatkan supaya belia-belia tidak berhijrah ke bandar dan berbakti di Tanjung Karang bagi memajukan pekan Tanjung Karang.

“Saya lihat belia-belia di kampung ini sudah berkurangan, ramai dah mula berhijrah ke bandar, jadi siapa nak bangunkan pekan Tanjung Karang? Jadi saya sarankan supaya belia-belia berbakti di sini kerana saya yakin 30 tahun akan datang Tanjung Karang juga menjadi Bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi Dialog Transformasi Nasional (TN50) anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Tanjung Karang.

SHARE
Previous articleRizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada RM428.7 Billion
Next articleUsah Harap ‘Status Quo’ Dalam Agihan Kerusi – Noh