KUALA LUMPUR, 19 Mac – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memfokuskan kepada pembinaan lebih banyak jalan raya di kawasan pedalaman orang Asli melalui peruntukan yang disediakan kerajaan tahun ini.

Mohd Shafie berkata peruntukan besar disediakan untuk pembangunan masyarakat orang Asli membuktikan mereka tidak pernah disisihkan daripada agenda pembangunan negara.

“Peruntukan yang kita dapat tahun ini, ada peningkatannya berbanding tahun 2013 dan 2014 dan ini menampakkan bahawa komitmen pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan dan kemajuan orang Asli dapat kita tingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Program peringkat kebangsaan yang pertama kali dianjurkan JAKOA itu disertai 450 peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia, dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Terdahulu, Mohd Shafie menyampaikan anugerah Tok Batin Terbaik peringkat kebangsaan kepada Sudin a/l Sina dan anugerah Pengerusi JKKKOA Terbaik peringkat kebangsaan kepada Shapie Mohamad.

Beliau turut memuji pencapaian cemerlang pelajar orang Asli dalam peperiksaan utama tahun lepas.

SHARE
Previous articleKebakaran Hutan Merebak Di Utara Sarawak
Next articleAirAsia Akan Jual Pesawat Bernilai AS271 Juta, Kata Fernandes