KUALA LUMPUR – Parti komponen BN diingatkan supaya tidak mengharapkan ‘status quo’ dalam agihan kerusi pada PRU14 akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu antara amanat yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN ​​​​dalam Pemukiman Jentera BN PRU14 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Noh berkata, Najib mahu parti komponen bersikap bertoleransi dalam soal kuota kerusi yang ditandingi dan memberi fokus kepada matlamat untuk memastikan kemenangan dua pertiga BN pada pilihan raya umum itu.

“Parti komponen BN mesti ada toleransi, jangan bertanding untuk mewakili kaum tapi mesti ada semangatBN iaitu mewakili semua kaum di Malaysia.

“BN harus menghentikan amalan ‘status quo’ yang telah diamalkan pada PRU lepas dan kini sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pertemuan itu yang diadakan secara tertutup – BERNAMA

SHARE
Previous articleTN50 : Belia Perlu Bersedia – Noh
Next articlePengerusi JPP Disaran Bantu Tangani Isu Perbandaran – Noh