Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video di Istana Negara.

 

View this post on Instagram

 

22 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini telah berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi sidang video di Istana Negara. Sesi hari ini merupakan Mesyuarat Pra-Kabinet kali ke-2 yang telah diadakan menerusi sidang video berikutan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19. Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan isu-isu semasa. Secara lazimnya, Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk mesyuarat Pra-Kabinet. Yang di-Pertuan Agong telah berkenan supaya mesyuarat Pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP ini berjalan dan ini mencerminkan keprihatinan tinggi Al-Sultan Abdullah terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat. . His Majesty Seri Paduka Baginda the Yang di-Pertuan Agong consented to hold a Pre-Cabinet session with YAB Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin via video conferencing at Istana Negara, earlier today. This session marks the second time such a meeting was conducted via video conferencing, necessitated by the 3rd phase of the movement control order (MCO) to help curb the spread of the Covid-19 pandemic. A Pre-Cabinet meeting is a crucial part of His Majesty’s weekly routine to discuss and exchange views with the Prime Minister on current affairs. His Majesty would usually have the meeting at the Melawati Palace in Putrajaya. By resuming Pre-Cabinet meetings via video conferencing, it reflects the concern His Majesty has towards the administration of the country and the well-being of the people, Daulat Tuanku #agongkita #pm #istananegara #royal #malaysia

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on


Ini merupakan Mesyuarat Pra-Kabinet kali ke-2 yang telah diadakan menerusi sidang video berikutan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Mesyuarat tersebut adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan isu-isu semasa.

Lebih menarik perhatian apabila Al-Sultan Abdullah turut berkenan bergambar bersama Perdana Menteri Tan secara maya selepas mesyuarat berkenaan sehingga mengundang reaksi rakyat di laman Instagram.

Comelnya! Cara terbaik untuk merakam gambar

Bangga dengan Tuanku & PM kita!

Untuk makluman, kebiasaannya Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk mesyuarat Pra-Kabinet.

Namun mesyuarat itu diteruskan menerusi sidang video dalam tempoh PKP ini sekaligus mencerminkan keprihatinan tinggi Al-Sultan Abdullah terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat.

Sumber : Istana Negara

SHARE
Previous articlePenumpang Malaysia Airlines Wajib Pakai Topeng Muka
Next articleIndonesia pertimbang pinjaman bagi bonus Aidilfitri