KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan kerja ke Bangladesh selama dua hari bermula 15 Oktober ini.

Lawatan kerja itu adalah yang pertama buat beliau sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2015.

Menurut kenyataan akhbar, Kementerian Luar Negeri, Ahmad Zahid akan diiringi isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dan pegawai kanan kerajaan.

“Timbalan Perdana Menteri dijangka melakukan kunjugan hormat ke atas Perdana Menteri Bangaladesh dan menteri berktaitan bagi membincangkan kerjasama dua hala dan peluang kerjasama baharu untuk kepentingan bersama”

“Selain mesyuarat dua hala, Timbalan Perdana Menteri juga akan melawat Cox’s Bazar. Lawatan ini memperlihatkan keprihatinan dan ketegasan Malaysia dalam isu pelarian Rohingya secara amnya,” kata kenyataan itu.

Malaysia yakin menerusi lawatan itu akan mempereratkan hubungan kerjasama dua hala negara dengan Bangladesh dan isu serantau serta antarabangsa.

SHARE
Previous articleKPKT Lulus RM400 Ribu Bina Surau, Dewan Komuniti
Next articleKlinik Kesihatan Kota Damansara Dibuka